BERTEMU. Seramai 82 bekas guru dan tujuh pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Air Tawar (SMAT) menyertai program Sirih Pulang ke Gagang sempena majlis pertemuan semula di Kota Tinggi, Johor baru-baru ini. Pengerusi Alumni sekolah, Md. Din Hussien berkata, majlis pertemuan semula itu yang diadakan di sekolah tersebut dapat mengeratkan kembali hubungan bekas guru yang pernah mencurahkan ilmu di sekolah itu sekitar tahun 1975 hingga kini. “Pertemuan pertama ini mengimbau nostalgia di sekolah ini apabila yang hadir dapat beramah mesra sehingga ada yang menitiskan air mata ketika berjumpa sahabat lama. “Kami turut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya