KUANTAN – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Seri Wan Amizan Wan Abd. Razak meninggal dunia pada usia 46 tahun di Colombo, Sri Lanka hari ini. Sumber di Pejabat Menteri Besar Pahang ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan perkara tersebut. “Dia mempunyai masalah buah pinggang dan difahamkan, dia sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital pakar di Colombo sejak Khamis lepas. “Buat masa ini, kami masih belum mendapat maklumat penuh…










