Bekalkan wanita dengan pengetahuan asas pertahankan diri - Utusan Malaysia

Bekalkan wanita dengan pengetahuan asas pertahankan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 20 Sept. – Golongan wanita perlu turut dibekalkan dengan pengetahuan asas dalam seni mempertahankan diri bagi mengelak mereka menjadi sasaran mudah kalangan penjenayah.

Isteri Menteri Besar, Tuan Faezah Tuan Abdul Rahman berkata, wanita dengan sifat yang lemah dari segi fizikal, mental dan diselubungi ketakutan sering menjadi mangsa segala bentuk jenayah oleh kalangan yang ingin mengambil kesempatan.

Katanya, itu antara langkah pencegahan jenayah perlu diberi perhatian oleh bagi mengelakkan perbuatan yang melangkaui norma kemanusiaan selain cuba menjauhi lokasi dan suasana berisiko di samping menjaga kehormatan diri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Islam juga telah mengajar beberapa prinsip mudah seperti menutup aurat, tidak menunjukkan perhiasan, menjaga batas pergaulan berlainan jantina dan sebagainya bagi melindungi kaum yang lemah ini daripada sasaran penjenayah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Wanita Antijenayah di Dewan Serbaguna Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu, di sini hari ini anjuran Jabatan Pembangunan Wanita negeri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini