JOHOR BAHRU – Bekalan elektrik di pusat bandar Johor Bahru dan kawasan sekitarnya yang terganggu sejak tengah hari tadi pulih sepenuhnya malam ini. Pengurus Besar TNB Johor Datuk Baderul Sham Saad berkata, gangguan akibat kerosakan Pencawang Masuk Utama (PMU) 132/33kV di Jalan Datuk Abdul Rahman Andak bermula 1.04 petang itu pulih sepenuhnya 7.40 malam. “Kawasan terakhir yang menerima semula bekalan elektrik adalah sebahagian kawasan Bandar Baru Uda dan Skudai Kiri,”…










