SHAH ALAM 4 Sept. – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan penjelasan oleh Peguam Negara, Tommy Thomas berhubung keputusan menggugur pertuduhan ke atas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, penting bagi mengelak keraguan rakyat. Katanya, penjelasan tersebut juga perlu bagi mengelakkan timbulnya lebih banyak kekeliruan kerana jika tidak, rakyat akan meragui kewibawaan institusi Jabatan Peguam Negara. “Peguam Negara perlu buat penjelasan supaya tidak timbul tafsiran yang merosakkan…










