Bayaran tanpa tunai jejas segelintir peniaga - Utusan Malaysia

Bayaran tanpa tunai jejas segelintir peniaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELAMA berabad-abad, London telah memberi peluang kepada penyanyi jalanan dan peniaga di kaki lima meneruskan kehidupan mereka dengan memperoleh pendapatan menerusi aktiviti-aktiviti yang dijalankan, namun hari ini, mereka terpaksa menyesuaikan diri apabila London mengamalkan konsep bayaran tanpa tunai. Busker, Charlotte Campbell yang menyanyi bagi menampung perbelanjaan harian akan berada di kawasan tarikan utama pelancong iaitu London Eye hampir setiap hari.

Kini, dia menggunakan peranti pembaca kad tanpa sentuh. Dia merupakan artis jalanan pertama yang menggunakan alat berkenaan.

“Keadaan sudah berubah di London orang ramai menggunakan kad untuk melakukan transaksi pembayaran.

“Keadaan ini menyebabkan artis jalanan tidak dapat berkarya lagi sekiranya orang ramai tidak lagi membawa wang tunai,” katanya.

Antara lima hingga 10 peratus pendapatan Campbell kini tidak lagi datang daripada syiling yang ditaburkan ke dalam bekas gitarnya, sebaliknya orang yang membawa kad dan meleretkan di atas peranti yang dibawa.

Ramai yang menderma 2 euro (RM10) pada satu-satu masa.

Ia adalah trend yang semakin meningkat. Laporan daripada Perbendaharaan British pada awal tahun ini mendedahkan, pada tahun 2016 tunai menyumbang 40 peratus daripada semua pembayaran dalam negeri berbanding 62 peratus pada tahun 2006.

Tiada caj tambahan

Laporan yang sama meramalkan bahagian pembayaran akan jatuh kepada 21 peratus menjelang tahun 2026 sekali gus membawa Britain ke ambang berbelanja tanpa tunai.

Pada bulan Januari tahun ini, kerajaan melarang caj tambahan dikenakan kepada pengguna kad debit atau kad kredit di kedai-kedai. Ia sebagai menghapuskan salah satu kelemahan penting bagi pembayaran digital.

Antara tanda lain yang negara itu bakal mengamalkan bayaran tanpa tunai ialah mereka memberi amaran kepada pelanggan dengan meletakkan papan tanda bahawa mereka bebas daripada wang tunai.

Orang ramai pula menganggap ia adalah satu perkara yang leceh kerana masalah sering timbul apabila pembayaran dibuat kad atau mesin. Selain busker, beberapa peniaga majalah di kaki lima juga turut terkesan dengan tindakan itu.

Di tenggara London, Gereja Christ masih melakukan acara tradisional mereka dengan mengumpul sumbangan melalui memasukkan wang ke dalam beg yang diagihkan kepada pengunjung gereja.

Sementara itu, Margaret Cave yang telah menggunakan peranti kad itu memberitahu, dia telah menerima sumbangan melalui cari itu daripada pengunjung muda dan tua.

“Saya telah mengambil pembayaran kad daripada anggota kongregasi berusia 93 tahun dan beberapa orang muda kita.

“Anda tahu ia selamat dan tiada siapa yang boleh mengambilnya jadi lebih baik daripada mendapat wang tunai,” katanya.

Bagaimanapun tidak semua orang menerima manfaat dalam mewujudkan negara ke arah tanpa tunai.

“Masalah besar masyarakat tanpa tunai cenderung dibahagikan kepada tiga bidang.

Sukar

“Terdapat unsur pengawasan yang boleh ditonton, ada unsur pengecualian kewangan, supaya anda mungkin dikecualikan daripada sistem dan kemudian ada soal keselamatan siber,” kata ahli kewangan, Brett Scott.

Beliau berkata, bank, syarikat kad, jabatan kerajaan dan firma teknologi kewangan semuanya terlibat dalam perang dingin terhadap wang tunai selama dua dekad.

Badan-badan itu cuba meyakinkan orang ramai bahawa duit syiling dan wang kertas tidak lagi diperlukan pada masa depan.

Pihak berkuasa pula tidak berminat untuk melakukan perubahan kerana proses transaksi menjadikan ia lebih sukar untuk mengelakkan cukai, serta mudah untuk membiayai keganasan.

Dalam pada itu, pada bulan Jun, 2.4 juta urus niaga kad British telah terjejas akibat permasalahan Visa.

Ia menyebabkan pub, kedai dan restoran mengalami kesukaran untuk melakukan transaksi perniagaan pada waktu puncak iaitu pada malam Jumaat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN