MUAR 9 Sept. – Tiga penumpang bas ekspres maut dipercayai akibat tercampak keluar apabila kenderaan dinaiki mereka bergesel dengan sebuah treler di Kilometer 138, Lebuhraya Utara-Selatan arah Selatan, di sini awal pagi tadi. Dalam kemalangan kira-kira pukul 2.30 pagi itu, mangsa yang meninggal dunia ialah dua wanita, iaitu Lim Siew Kee, 61, dan Lai Moon Ching, 25, manakala seorang lagi penumpang lelaki yang maut masih belum diketahui identitinya. Ketua Polis…










