Bapa direman rogol anak gadis sendiri - Utusan Malaysia

Bapa direman rogol anak gadis sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Seorang penganggur yang disyaki merogol anak kandungnya sendiri berusia 20 tahun di sebuah rumah di Jalan Changlun dalam daerah Kubang Pasu dekat sini kelmarin ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman sehingga 13 September depan itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Majistret Alor Setar, Nabilah Md. Ruslan mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Terdahulu, lelaki berusia 46 tahun itu tiba di Kompleks Mahkamah Alor Setar kira-kira pukul 10.15 pagi tadi dengan memakai baju lokap berwarna ungu.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd. 

Ismail Ibrahim berkata, suspek didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu di bilik tidur mangsa kira-kira pukul 7 pagi kelmarin.

Kata beliau, suspek dikatakan memberi amaran kepada mangsa supaya merahsiakan kejadian tersebut, namun mangsa membuat laporan polis pagi semalam.

“Susulan laporan polis itu, kita bertindak menahan suspek yang tidak bekerja di rumahnya semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN