ALOR SETAR – Seorang penganggur yang disyaki merogol anak kandungnya sendiri berusia 20 tahun di sebuah rumah di Jalan Changlun dalam daerah Kubang Pasu dekat sini kelmarin ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini. Perintah tahanan reman sehingga 13 September depan itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Majistret Alor Setar, Nabilah Md. Ruslan mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah. Terdahulu, lelaki berusia 46 tahun itu tiba di Kompleks Mahkamah Alor Setar…










