SABAK BERNAM – Polis berjaya melumpuhkan kegiatan pengedaran dadah terbesar di daerah ini dengan tertangkapnya dua lelaki dalam serbuan Ops Kesan di sebuah rumah di Taman Padu Permai, di sini petang semalam. Dalam serbuan kira-kira pukul 4 petang itu berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM150,204. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Nor Azmi Isa berkata, dengan tertumpasnya dua penjenayah terbabit ia merupakan kejayaan terbesar polis dalam membanteras aktiviti penyalahgunaan…










