Lokasi penempatan masyarakat Orang Asli yang berselerak di kawasan pedalaman menyukarkan anak-anak mereka ke sekolah menyebabkan keciciran terus berlaku dalam kalangan mereka terutamanya di peringkat sekolah menengah. Rozita Sudin, 15, pelajar Orang Asli suku Temiar, antara yang tercicir selama setahun daripada alam persekolahan. Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Muhibbah di Sungai Siput, Perak itu memberitahu, dia terpaksa melalui perjalanan sejauh 40 kilometer (km) untuk ke sekolah dari kampungnya di Kampung Kabu, Pos Poi di daerah Sungai Siput. Walaupun tinggal di asrama sekolah tetapi dia berdepan masalah setiap kali selepas diberi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya