TARIKH 1 Muharam 1439H/2017 akan dikenang sebagai satu memori terindah sepanjang hayatnya. Pada hari itu, Prof. Datuk Noor Aziah Mohd. Awal, 57, dinobat sebagai pemenang Anugerah Tokoh Maal Hijrah Negeri Sembilan di Masjid Negeri, Seremban, Negeri Sembilan. Majlis penyerahan hadiah dan cenderamata itu disampaikan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. Penganugerahan itu menjadikan anak kelahiran Nilai, Negeri Sembilan itu sebagai wanita pertama menerima anugerah berkenaan ekoran…










