Bantu anak kami - Utusan Malaysia

Bantu anak kami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT 26 Sept. – Seorang kanak-kanak lelaki dari Felda Kota Gelanggi 2, dekat sini yang menghidap penyakit leukemia (Acute lymphocytic leukemia) memerlukan bantuan orang ramai bagi membiayai kos rawatannya yang tinggi.

Mohd. Hariff Iskandar Mohd. Shah, 7, dikesan menghidap penyakit berkenaan bulan lepas setelah menjalani pemeriksaan kesihatan selepas mengalami demam yang lama.

Bapanya, Mohd. Shah Derani, 39, yang berkerja sebagai penjual ikan berkata, anak bongsunya daripada tiga beradik itu sihat sebelum mengalami demam selain tidak berselera makan dan muntah apabila menjamah makanan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dia mengalami demam yang lama selepas Hari Raya Aidiladha baru-baru ini dan tidak berselera makan. Berat badan Mohd. Ha­riff Iskandar yang pada asalnya 32 kilogram menurun sehingga 25 kilogram,” katanya di Felda Kota Gelanggi 2 semalam.

Menurut Mohd. Shah, melihat keadaan kesihatan Mohd. Hariff Islandar semakin serius, dia dan isterinya, Normiza Zai­non, 38, membawa anaknya itu ke Hospital Bandar Jengka sebelum diminta membuat pemeriksaan doktor pakar di Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh.

“Dia dirawat di Hoshas sambil menunggu keputusan sampel ujian darah yang dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, di Kuantan untuk mengesan pe­nyakitnya.

“Selepas sembilan hari dira­wat, doktor pakar mengesahkan anak saya menghidap keukemia dan dihantar untuk rawatan selanjutnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur,” katanya.

Katanya, Mohd. Hariff Iskandar akan menjalani rawatan di PPUM selama dua tahun dan mengikut surat daripada pihak hospital berkenaan, kos perubatannya melebihi RM20,000.

“Saya sudah berbelanja sebanyak RM5,000 sebelum ini ketika membawa anak berulang alik, membiayai penginapan dan makan minum di sana untuk membuat rawatan termasuk kimoterapi di PPUM.

“Manalah saya mampu menyediakan wang perubatan berkenaan kerana pendapatan menjual ikan tidak mencukupi selain isteri yang tidak bekerja, dua anak berusia 12 dan 15 tahun masih bersekolah,” katanya.

Orang ramai yang ingin meng­hulurkan sumbangan bagi membantu Mohd. Hariff Iskandar boleh menghubungi Normiza di talian 019-9801128 atau menerusi akaun Bank Islam bernombor 06037023199916.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini