Banjir kilat, 104 dipindahkan - Utusan Malaysia

Banjir kilat, 104 dipindahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT 8 Sept. – Sebanyak 104 mangsa daripada 41 buah keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Suloh di sini selepas Kampung Sungai Suloh dan Kampung Sungai Ayam dilanda banjir kilat malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Mat Zin Bujang berkata, kedua-dua pusat pemindahan sementara itu dibuka pukul 9 malam.

“Setakat ini, cuaca masih mendung dan hujan renyai di mana paras air banjir kilat masih belum surut sepenuhnya.

“Hujan dan pertembungan air pasang besar menyebabkan kawasan yang dinyatakan masih lagi terjejas,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Mat Zin berkata, pemantauan di lokasi kejadian berterusan akan dilakukan oleh agensi-agensi berkaitan manakala pemantauan cuaca oleh Jabatan Meteorologi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN