KUALA LUMPUR 3 Sept. – Majlis Perundingan Melayu (MPM) mencadangkan supaya kerajaan menjenamakan semula Dasar Ekonomi Baharu (DEB) dengan menggubal Dasar Ekonomi Nasional (DEN) yang masih mengekalkan matlamat dan fokus dasar lama, tetapi ditambah baik dengan beberapa teras baharu. Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Hasan Mad berkata, teras utama DEB, iaitu pembasmian kemiskinan dan penguncupan jurang ekonomi antara kaum serta fokus utamanya, iaitu mewujudkan peluang pekerjaan, perniagaan dan pemilikan ekuiti perlu…










