BAM perlu bersiap sedia - Utusan Malaysia

BAM perlu bersiap sedia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Sept. – Walaupun masih belum ada sebarang perancangan masa hadapan yang khusus namun peminat sukan badminton ta­nah air perlu bersedia sekiranya jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei mengambil keputusan untuk menggantung raket.

Jurulatih perseorangan negara Hendrawan berkata, buat masa sekarang masih terlalu awal untuk berbincang mengenai masa depan pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik itu namun dia tidak menolak kemungkinan pemain berusia 36 tahun itu akan mengambil keputusan untuk bersara selepas selesai menjalani rawatan kanser hidung dihidapinya.

Dia bersama seorang lagi jurulatih kebangsaan Datuk Tey Seu Bock sebelum ini sempat meluangkan masa melawat jaguh negara itu yang sedang menjalani rawatan di Taiwan dan menyatakan, pemain itu me­nunjukkan reaksi positif.

“Buat masa sekarang masih belum ada sebarang perbinca­ngan mengenai masa depan Chong Wei kerana ketika ini, matlamat utama ialah untuk memastikannya benar-benar pulih.

“Kita semua perlu tunggu dia pulang ke tanah air, biarkan dia berehat dahulu sebelum kita membuat sebarang perbinca­ngan mengenai perkara itu.

“Ya, Chong Wei akan kembali semula tetapi jika doktor tidak membenarkannya beraksi, maka kemungkinan itu (untuk bersara) tetap ada.

“Suka atau tidak, kami perlu bersedia menghadapi kemungkinan itu kerana perkara seperti ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, di sini hari ini.

Kelmarin, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan bahawa jaguh negara itu sedang menjalani rawatan kanser di Taiwan dan dijangka pulang ke tanah air dalam tempoh dua minggu lagi.

Hendrawan berkata, barisan pemain muda negara perlu bersedia untuk menggalas cabaran negara sekiranya ditakdirkan Chong Wei mengambil keputusan untuk bersara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN