MELAKA – Gara-gara terlelap, sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi yang dipandu seorang wanita hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar sebuah motosikal di Jalan Tanjung Kling di sini semalam. Kejadian pada pukul 11.20 pagi itu menyebabkan penunggang motosikal, Md. Zin Ahmad, 60, yang juga seorang pesara Telekom Malaysia Berhad maut di tempat kejadian akibat parah pada kepala. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, insiden berkenaan dipercayai berlaku apabila pemandu Perodua Myvi yang berusia 32 tahun dalam perjalanan dari Lereh ke Tangga batu terlelap. Ikuti berita selanjutnya di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya