MUAR 15 Sept. – Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengalu-alukan hasrat beberapa pemimpin UMNO yang mahu membantu kempen Datuk Seri Anwar Ibrahim di Port Dickson. Namun, ujar Syed Saddiq, adalah lebih baik sekiranya pemimpin-pemimpin tersebut menyertai mana-mana parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH). “Baguslah…kalau boleh, sertai PH terus. Seperti kata Tun Dr. Mahathir Mohamad, tak payah kempen tapi lebih baik sertai PH dan mereka…










