KOTA BHARU 9 Sept. – Biro Peguam Muda, Pergerakan Pemuda UMNO mempersoal teguran Menteri Kewangan, Lim Guan Eng supaya Kelantan yang merupakan negeri penerima bantuan tertinggi kerajaan Persekutuan supaya meningkatkan hasil pendapatan negeri dan berbelanja lebih berhemah. NIK SAIFUL ADLI BURHAN Pengerusinya, Nik Saiful Adli Burhan berkata, jika benar kerajaan Pusat peka terhadap masalah ekonomi Kelantan, mengapa projek pembangunan di negeri ini seperti pembangunan lebuh raya, pembesaran lapangan terbang dan…










