KUALA LUMPUR 20 Sept. – Cabaran Malaysia dalam kejohanan badminton Terbuka China bertahan setakat pusingan kedua apabila semua wakilnya tersingkir di Changzhou, hari ini. Pemenang pingat perak Sukan Olimpik, Goh V Shem-Tan Wee Kiong menjadi pemain terakhir yang ditunjukkan jalan keluar dalam kejohanan bernilai AS$1 juta (RM4.14 juta) itu apabila tewas 14-21, 21-17, 19-21 kepada pasangan Indonesia, Ricky Karandasuwardi-Angga Pratama dalam saingan beregu lelaki. Terdahulu, beregu muda negara, Ong Yew…










