ALOR SETAR 6 Sept. – Khidmat pemangku ketua jurulatih Kedah, Azzmi Ab. Aziz akan dikekalkan sekiranya beliau menunjukkan prestasi yang baik sepanjang mengharungi Piala Malaysia musim ini. Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Mohd. Asmirul Anuar Aris berkata, pada masa ini, KFA tidak berhasrat ‘mengintai’ ketua jurulatih baharu dan berharap Azzmi dapat memberi khidmat yang cemerlang kepada skuad Lang Merah. Mohd. Asmirul yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan,…










