SHAH ALAM 3 Sept. – Kerajaan Malaysia dan Singapura telah mencapai kata sepakat berhubung projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) dengan memutuskan membuat penangguhan sehingga tempoh ditetapkan. Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, keputusan penangguhan itu dibuat selepas pihaknya melihat keadaan ekonomi semasa negara yang tidak memungkinkan untuk meneruskan projek tersebut. Walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut perkara itu dan hanya menjelaskan tempoh penangguhan…

								







