KOTA BHARU 8 Sept. – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dikatakan telah meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak bertanding dalam pemilihan parti itu bulan depan. Perkara itu didedahkan oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam ceramah Reformasi 2.0 di Bandar Baharu Tunjong di sini, malam tadi. Malah Rafizi yang merupakan calon Timbalan Presiden PKR mendakwa Mohamed Azmin telah menyampaikan hasrat tersebut ketika Anwar sedang menjalani rawatan…









