Azhan dilantik Ketua Polis Batu Pahat yang baharu - Utusan Malaysia

Azhan dilantik Ketua Polis Batu Pahat yang baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT 12 Sept. – Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Batu Pahat yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Azhan sebelum ini bertugas sebagai Komandan Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Kubu Bharu, Selangor selama tiga tahun.

Beliau menggantikan Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa yang bertukar ke Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK).

Tugas Abdul Wahib sebelum ini dipangku Timbalan Ketua Polis daerah, Superintenden KS Mender Singh sejak 14 Ogos lalu.

Majlis serah terima tugas tersebut disaksikan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd., di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN