Ayu Raudhah alami selesema, sering bersin - Utusan Malaysia

Ayu Raudhah alami selesema, sering bersin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelakon cantik, Ayu Raudhah, 34, hanya mengalami selesema dan sering bersin sejak dia hamil buat kali keempat.

Ayu yang merupakan isteri pemain bola sepak Johor Darul Takzim, Muhammad Zaquan Adha itu meluahkan rasa ­syukur kerana tidak mengalami alahan yang teruk seperti sebelum ini.

“Alhamdulillah kali ini saya tidak ada alahan teruk seperti muntah-muntah, cumanya sejak awal kan­dungan kali ini, saya selesema dan asyik bersin.

“Saya rasa keadaan ini merupakan alahan me­ngandung dan saya percaya juga selepas bersalin nanti, situasi akan kembali pulih seperti sedia kala,” katanya ketika dihubungi Kos­mo Ahad! semalam.

Ditanya mengenai jantina anak yang dikandungnya yang sudah mencecah usia 19 minggu atau hampir lima bulan itu, Ayu memberitahu, dia masih tidak mengetahui sama ada lelaki atau perempuan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN