Ayam 30 sen habis dalam tempoh sejam - Utusan Malaysia

Ayam 30 sen habis dalam tempoh sejam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 15 Sept. – Ayam Bismi Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) meraikan 150 pelanggan bertuah dengan menawarkan seekor ayam pada harga 30 sen sempena sambutan ulang tahun ke-30 penubuhan syarikat tersebut.

Ketua Pengarah Eksekutif Ayam Bismi, Mazlina Kamarudin berkata, pihaknya mengadakan promosi istimewa tersebut bertujuan untuk berkongsi rezeki dengan pelanggan yang setia bersama produk Ayam Bismi sejak sekian lama.

Katanya, promosi istimewa itu mendapat sambutan luar bia­sa daripada pelanggannya ke­rana harga pasaran ayam pro­ses pada masa ini sekitar RM7.50 sekilogram.

“Seawal pukul 6.30 pagi lagi, pelanggan Ayam Bismi mula beratur untuk mendapatkan ku­pon bagi membeli seekor ayam pada harga 30 sen sahaja walaupun kaunter pendaftaran hanya dibuka sejam kemudian.

“Sebanyak 150 keping kupon habis dalam tempoh kurang se­jam sedangkan pelanggan yang beratur pagi ini hampir 300 orang,” katanya selepas se­si cabutan bertuah kali ketiga Ayam Bismi di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN