Awie, isteri diganggu ‘benda’ pelik - Utusan Malaysia

Awie, isteri diganggu ‘benda’ pelik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pe­nyanyi, Datuk Awie mendedahkan dirinya dan isteri, Datin Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin mengalami gangguan misteri hingga membuatkan kehidupan mereka kurang selesa.

Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 50, berkata, perkara mistik itu hadir tidak mengira waktu sama ada siang atau malam. Ia didakwa berlaku sejak 13 tahun lalu.

Isterinya pula turut terpalit baru-baru ini sehingga wanita itu akan berasa takut sekiranya bersendirian di dalam rumah.

“Sebenarnya, gangguan ini, atau saya boleh kata ‘penyakit’ misteri ini bukan baharu sebab sudah berlaku sejak 13 tahun lalu. Kalau ‘benda’ itu mahu datang, dia akan datang dan kacau.

“Sejak tiga hari lalu, saya mula bertongkat dan percaya ia ada kaitan de­ngan ‘benda’ itu. Seperkara, tidak pasti sama ada secara kebetulan atau tidak, selepas kejayaan filem Hantu Kak Limah yang mencecah kutipan RM36 juta, lagi ‘benda’ itu ‘datang’ melawat,” ujarnya.

Awie berkongsi pengalaman menakutkan itu ketika ditemui pada majlis meraikan kejayaan filem Hantu Kak Limah di Hotel Berjaya Times Square di sini kelmarin.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN