KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi, Datuk Awie mendedahkan dirinya dan isteri, Datin Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin mengalami gangguan misteri. Kata Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 50, gangguan itu hadir siang dan malam tanpa mengira waktu sehinggakan isterinya menjadi takut andai perlu tinggal bersendirian di rumah. “Gangguan dan penyakit misteri ini bukan baru sebab sudah 13 tahun saya mengalaminya tidak kira siang atau malam, kalau ‘benda’ tu nak…










