BERMULA 5 September hingga 5 November 2018, A&W menawarkan promosi terbaharu Coney Fiesta yang mempunyai tiga perisa baharu iaitu Uncle Ring’O, Miss-Mush dan Papa Basil bagi yang gemarkan cita rasa Thai yang pedas dan unik.
Promosi ini disediakan khas oleh A&W Malaysia buat semua pelanggan yang dihargai.
Selain iu, restoran makanan segera A&W juga menjalin kerjasama dengan Honestbee bagi menawarkan perkhidmatan penghantaran dari lapan restorannya.
Ketua Operasi A&W, Mohd. Hasmadi Zainal berkata, restoran yang terlibat adalah di Setapak Central, Wangsa Walk, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kota Damansara, PJ Palms, Sunway Geo, Seksyen 7, Shah Alam dan TTDI.
Khidmat penghantaran yang ditawarkan daripada restoran terpilih mengambil masa 30 minit.
Perkhidmatan tersebut disediakan oleh Honestbee dari pukul 11 pagi hingga 9 malam setiap hari dan tempahan boleh dibuat melalui laman honestbee.my atau menerusi aplikasi Honestbee.










