LONDON 25 Sept. – Bintang Arsenal Pierre-Emerick Aubame bukan sahaja terkenal sebagai pemain yang pantas di padang, tetapi juga gemar memandu kereta berprestasi tinggi termasuk miliknya yang terbaharu Lamborghini Aventador.
Semalam dia didenda kira-kira RM6,800 kerana memandu melebihi had laju kereta yang dibelinya pada harga kira-kira RM1.5 juta.
Dia turut dikenakan enam mata penalti selepas dirakam kamera had laju di kawasan M1 di sini.

Daily Mail melaporkan ketika hadir di hadapan Majistret Willesden di Mahkamah Utara London, semalam, pendakwa Alison Larkin memberitahu tertuduh ditahan dan ditanya kenapa memandu laju dan tiada sebarang jawapan balas.
Peguam Aubameyang, Robert Morris berkata, ayam tambatan Arsenal itu mengaku bersalah dan meminta maaf di atas perbuatannya.
Aubameyang terkenal dalam kalangan peminat Arsenal gemar mengumpul kereta mewah seperti Porsche, Ferrari dan Range Rover.
Aubameyang dipercayai memperolehi pendapatan lebih RM975,000 sebulan selepas berpindah dari Borussia Dortmund Januari lalu. – UTUSAN ONLINE










