Askar terkorban elak kerbau - Utusan Malaysia

Askar terkorban elak kerbau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU – Kegembiraan sembilan askar bercuti di Kota Bharu, Kelantan tidak berpanjangan apabila seorang daripada mereka terbunuh manakala empat lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas ketika cuba mengelak seekor kerbau di Kilometer 409.7, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran susur keluar Plaza Tol Ajil di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 5 pagi itu, Prebet Nur Shahrul Romli, 21, yang bertugas di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa anggota badan lain. Empat lagi anggota tentera yang cedera ialah Mohd. Fazrin Mohd. Aini, 23; Muhammad Aiman Abd. Wahab, 21; Wan Muhammad Firdaus Wan Yahya, 21, dan Muhamad Hasnu Nawawi, 23.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, sewaktu kejadian, ke­semua lima mangsa itu menaiki kereta Proton Waja manakala empat lagi rakan mereka menaiki Perodua Viva yang berkonvoi pulang ke Kem Syed Sirajuddin, Gemas selepas bercuti di Kota Bahru sejak Sabtu lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN