Armada Kelantan alukan pengumuman Mustapa - Utusan Malaysia

Armada Kelantan alukan pengumuman Mustapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 19 Sept. – Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) negeri ini menyifatkan Datuk Seri Mustapa Mohamed telah membuat keputusan tepat pada waktunya.

ASRAN ALIAS
ASRAN

Ketuanya, Asran Alias berkata, pengumuman yang dibuat oleh bekas Pengerusi Badan Perhubunhan UMNO negeri itu dijangka merubah landskap politik negara dan negeri ini.

Beliau berkata, pihaknya berharap Mustapa akan dapat menggunakan membantunya pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Armada Jeli dan Kelantan mengucapkan tahniah atas pengumuman Mustapa untuk keluar UMNO.

“Pengumuman ini tepat pada waktunya dan mengukuhkan sturuktur Pakatan Harapan untuk jangka masa panjang.

“Pengalaman beliau dalam pentadbiran kerajaan selama lebih 20 tahun sangat dialu – alukan untuk membantu pentadbiran Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau yang juga Ketua Armad Jeli percaya akan ada lagi wakil rakyat di negeri ini akan mengikut jejak langkah Mustapa.

Semalam, Mustapa mengumumkan keluar UMNO semalak keran hala tuju parti itu tidak selari dengan prinsipnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini