PEMAIN beregu lelaki profesional negara, Mohamad Arif Latif memasang hasrat untuk meraih sekurang-kurangnya dua kejuaraan pada lima kejohanan berturut-turut yang disertai bermula September ini. Bekas pemain naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu kini menggalas misi negara pada kejohanan badminton Terbuka Hyderabad sebelum menyertai kejohanan Terbuka Jepun yang lebih berprestij minggu depan. Meskipun lama berehat daripada sebarang kejohanan susulan memberi laluan pada Sukan Asia yang berlangsung baru-baru ini, Arif menegaskan, ia…










