Arif Alvi Presiden baharu Pakistan - Utusan Malaysia

Arif Alvi Presiden baharu Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD 4 Sept. – Pakistan hari ini melantik rakan rapat Perdana Menteri, Imran Khan sebagai Presiden baharu negara ini bagi mengukuhkan kuasa parti yang memerintah, Tehreek-e-Insaf (PTI).

Bekas doktor gigi, Arif Alvi yang merupakan salah seorang pengasas PTI pimpinan Imran, akan menggantikan Mamnoon Hussain yang merupakan rakan baik bekas Perdana Menteri Nawaz Sharif yang digulingkan.

Arif dilantik selepas memperoleh lebih seribu undi daripada anggota Parlimen dan empat perhimpunan daerah namun jumlah rasmi akan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Arif yang mempunyai empat anak merupakan pengguna aktif Twitter dan pernah ditembak selain cedera semasa bantahan pemerintahan diktator tentera, Ayub Khan di Lahore pada 1969.

Beliau merupakan bekas graduan Universiti Michigan dan Universiti Pacific di San Francisco selain meneruskan pengajian di Lahore sebelum memulakan karier sebagai doktor gigi dan terlibat dalam bidang politik. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini