Areola penyelamat maruah Perancis - Utusan Malaysia

Areola penyelamat maruah Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH, Jerman 7 Sept. – Juara dunia, Perancis wajar berterima kasih kepada penjaga gol ketiga mereka, Alphonse Areola yang menjadi penyelamat maruah pemenang Piala Dunia 2018 itu untuk menamatkan perlawanan Liga Negara-Negara UEFA dengan keputusan 0-0 ketika menentang Jerman, awal pagi tadi.

Itu juga adalah perlawanan pertama Perancis selepas menamatkan kempen Piala Dunia di Rusia.

Dalam perlawanan tersebut, Jerman menunjukkan kekuatan sebenar mereka kepada Perancis selepas aksi hambar di Rusia yang menyebabkan mereka tewas seawal aksi peringkat kumpulan.

Perancis pula dilihat tidak beraksi seperti ketika memenangi Piala Dunia berikutan kehilangan kelajuan rentak permainan dan kurang kreativiti hingga menyebabkan Areola sering menjadi sasaran ujian jentera serangan Jerman.

Paling mencuri tumpuan apabila Areola berjaya menyelamatkan percubaan tepat Jerman ketika separuh masa kedua sekali gus membolehkan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

“Ini adalah perlawanan yang amat mencabar buat kami dan kadang-kala kami menjadi lebih baik dan kadang-kala lawan lebih baik daripada kami.

“Secara jujur saya lihat semua pemain tidak berada di tahap prestasi terbaik mereka,” kata jurulatih Perancis, Didier Deschamps. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN