Arak jenama Grand Royal tidak mematuhi Akta Makanan 1983 - Utusan Malaysia

Arak jenama Grand Royal tidak mematuhi Akta Makanan 1983

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 19 Sept. – Minuman beralkohol jenama Grand Royal yang telah menyebabkan sebanyak 55 kes keracunan metanol setakat ini dikesan mengandungi bahan metanol yang tidak mematuhi Akta Makanan 1983.

Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, produk tersebut juga dikesan tidak mematuhi keperluan pelabelan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah akta tersebut seperti tiada nama dan alamat pengilang, pengimport atau ejen.

“Pihak kementerian sedang mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas produk minuman beralkohol terbabit dan produk minuman beralkohol jenama lain yang tidak mematuhi perundangan makanan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sehingga semalam, sebanyak 291 botol minuman beralkohol pelbagai jenama termasuk jenama terbabit telah disita,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Semalam, sebanyak 15 orang lelaki maut selepas minum arak beracun jenama wiski Mandalay dan Grand Royal serta bir Kingfisher buatan India serta Myanmar.

Mengulas lanjut, katanya, jumlah mangsa yang meninggal dunia akibat keracunan alkohol meningkat kepada 21 orang termasuk dua kes melibatkan luar kawasan fasiliti Kementerian Kesihatan sehingga pukul 12 tengah hari, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini