IPOH 21 Sept. – Dua lelaki pemilik kedai runcit ditahan reman sehari bagi membantu siasatan kes dua lelaki meninggal dunia selepas mengalami simptom keracunan metanol akibat meminum arak. Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Mahistret Nurul Hafizah Mohammad Pauzi kira-kira di Mahkamah Majistret Ipoh di sini. Kedua-dua lelaki yang masing-masing berusia 35 dan 44 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat. Difahamkan, kedua-dua lelaki itu merupakan pemilik kedai runcit di Bercham dan Taman Sri Kanthan dekat Chemor di sini. Sebelum ini, dua lelaki tempatan disahkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya