IPOH 18 Sept. – Ketika tumpuan diberikan kepada dua atlet kebangsaan, pelari pecut Selangor, Muhammad Aqil Yasmin mencuri perhatian apabila memenangi emas bagi acara 100 meter Sukan Malaysia (Sukma) 2018 di Stadium Perak hari ini. Atlet berusia 18 tahun itu muncul pelari terpantas Sukma 2018 apabila melakukan catatan masa 10.39 saat, mengatasi dua pelari kebangsaan iaitu Muhammad Haiqal Hanafi dari Negeri Sembilan yang ketinggalan 0.04s untuk berada di tempat kedua…










