IPOH 20 Sept. – Raja pecut baharu Sukan Malaysia (Sukma), Muhammad Aqil Yasmin memecahkan rekod kejohanan manakala Azreen Nabila Alias turut mengulangi pencapaiannya dalam acara 100m ketika mereka memenangi pingat emas acara 200m di Stadium Perak hari ini. Muhammad Aqil menamatkan perlumbaan dengan masa 21.01s sekali gus memecahkan rekod kejohanan 21.03s milik Khairul Hafiz Jantan dari Melaka ketika Sukma 2016. Kemenangannya hari ini bermakna jaguh dari Selangor itu menguasai kedua-dua acara pecut selepas mencipta kejutan apabila memenangi pingat emas 100m dengan masa 10.39s Selasa lalu. Pingat perak 200m dimenangi Muhammad…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya