KEPALA BATAS 26 Sept. – Sebuah agensi pekerjaan swasta (APS) di Seberang Jaya dekat sini dikesan berkongsi premis dengan syarikat lain ketika pemeriksaan dijalankan menerusi Op Patuh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) hari ini. Selain itu, kerani sebuah lagi APS di Bukit Mertajam pula enggan membenarkan pegawai penguat kuasa JTKSM untuk masuk ke premis itu kerana bimbang diambil tindakan melakukan kesalahan tidak menyimpan dokumen pekerja di pejabat. Pengarah JTKSM…










