PASIR PUTEH 21 Sept. – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berjaya menangkap seekor anak buaya yang dikatakan tersesat sehingga ke kawasan daratan di Kampung Kuala Semerak, dekat sini, semalam. Pegawai APM daerah, Kapten Nik Mohd. Noor Nik Mat berkata, pihaknya yang menerima paggilan daripada penduduk kampung itu pada pukul 10.08 pagi sebelum bergegas ke lokasi berkenaan. Menurutnya, anak buaya tembaga sepanjang 1.5 meter dan seberat tujuh kilogram itu dipercayai sesat…










