KUALA LUMPUR 28 Sept. – Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin rekod prestasinya yang cemerlang akan membantunya memenangi pilihan raya yang akan diadakan pada 13 Oktober ini. Jelasnya, telah terbukti dan tercatat dalam hansard Parlimen bahawa beliau yang mempertahankan nasib kakitangan dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) apabila bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyuarakan hasrat untuk menutup dan membangunkan semula…










