BANDAR SERI BEGAWAN 3 Sept. – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau akan menyerahkan jawatannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengikut persetujuan yang dicapai dalam Pakatan Harapan (PH) sebelum ini. Katanya, beliau akur dengan persetujuan akan menjadi Perdana Menteri sementara untuk tempoh yang disebut adalah dua tahun. Dr. Mahathir berkata demikian semasa menjawab soalan dalam sesi perjumpaan dengan rakyat Malaysia sempena lawatan kerja dua hari beliau ke Brunei…










