KUALA LUMPUR 16 Sept. – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kerana beberapa janji dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) terpaksa ditangguhkan buat masa ini sehingga kewangan negara kembali kukuh. Beliau berkata, semasa manifesto berkenaan dibuat, PH tidak menjangkakan hutang negara mencecah sehingga RM1 trilion. “Sekarang ini bila lihat, kenyataan dia berbeza, oleh demikian saya minta maaf kerana ada manifesto yang kita boleh lakukan dan ada lain kita kena…










