Antara orang berpendidikan dengan tidak berpendidikan - Utusan Malaysia

Antara orang berpendidikan dengan tidak berpendidikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Saudara Pengarang,
Pada sidang akhbar dalam bulan Mei 2018, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu mengambil portfolio Kabinet kedua sebagai Menteri Pendidikan kerana beliau berpendapat bahawa terdapat “begitu ramai orang tidak berpendidikan (uneducated) di negara ini.”

Sehari kemudian, Dr. Mahathir bersetuju bahawa beliau tidak boleh menjadi Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan pada masa yang sama kerana ia akan bertembung dengan manifesto pilihan raya Pakatan Harapan (PH).

Mungkin juga ada yang akan bertanya sama ada beliau merujuk kepada pegawai kementerian atau pendidik di sekolah untuk istilah ‘uneducated’.

Saya akan mengatakan bahawa ‘orang berpendidikan’ ialah orang yang telah belajar bagaimana untuk mendapatkan apa yang dia mahu tanpa melanggar hak orang lain melalui cara pemikiran alternatif yang betul iaitu pendidikan.

‘Orang yang tidak berpendidikan’ ialah orang yang kurang mendapat pengetahuan, latihan teknikal, boleh membaca tetapi tidak mahu atau tidak dapat menerima informasi dari sumber berkaitan.

Perbezaan antara orang yang berpendidikan dan tidak berpendidikan adalah tingkah laku mereka, proses kognitif dan mentaliti.

Saya mengakui, adalah tidak adil untuk menghakimi seorang individu berasaskan tahap pendidikan mereka.

KHERU KHEK

Segambut

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN