Anifah keluar UMNO kerana gagal dalam perjuangannya - Utusan Malaysia

Anifah keluar UMNO kerana gagal dalam perjuangannya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengesahkan keputusannya meletakkan semua jawatannya dalam UMNO adalah disebabkan kegagalannya dalam usaha memperjuangkan perkara-perkara dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bersama parti Barisan Nasional (BN). Anifah berkata, tindakannya itu dilakukan bagi mengotakan janjinya kepada pengundi dan rakyat Sabah seandainya hasrat tersebut gagal dilakukan. Menurutnya, tanpa UMNO dan BN di tampuk kekuasaan, usahanya memperjuangkan perkara-perkara berkaitan MA63 di bawah payung BN tidak akan membuahkan hasil dan terpaksa dihentikan. “Perjuangan saya di dalam politik selama ini adalah sangat jelas. Saya bertegas mahukan rakyat Sabah mendapat layanan sama rata…

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN