Angkat sumpah simpan rahsia - Utusan Malaysia

Angkat sumpah simpan rahsia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Seramai 23 setia­usaha politik menteri Kabinet me­ngangkat sumpah simpan rahsia di hadapan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam.

Majlis ringkas yang diadakan di Perdana Putra di sini, turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar.

Antara yang mengangkat sumpah ialah tiga setiausaha politik Perdana Menteri iaitu Muhammad Zahid Md. Arip, Datuk Mohamad Nuhairi Rahmat dan Abu Bakar Yahya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut serta ialah setiausaha politik Timbalan Perdana Menteri, Romli Ishak, Datuk Mohd. Nardin Awang (Menteri Dalam Negeri), Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua Kiam Wee (Menteri Kewangan), Mohd. Azhar Che Mat Dali (Menteri Pertahanan) dan Mohd. Nizam Morad (Menteri Pendidikan).

Bekas pengacara program Ruang Bicara di Bernama News Channel, Datuk Dahlan Maamor turut mengangkat sum­pah sebagai setiausaha politik Menteri Pengangkutan.

Turut mengangkat sumpah ialah Cheang Chee Khing (Menteri Sumber Manusia), Ahmad Sabki Yusof (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani), Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Menteri Kesihatan), Mohd. Aizad Roslan (Menteri Belia dan Sukan), Mejar (B) Mohamad Rahim Osman (Menteri Pemba­ngunan Usahawan), Saiful Izham Ramli (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Zakaria Abdul Hamid (Menteri Kerja Raya) dan Mohd. Nazri Noh (Menteri Luar).

Selain itu, Alice Choo Foong Thye me­ngangkat sumpah sebagai setiausaha politik Menteri Industri Utama, Ee Chin Li (Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan lklim), Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama)), Martin Tomy @ Tommy (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Pritchard Arthur Gumbaris (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) dan Abdul Kusen Hussen @ Mujahirin O.K.K PG Hussen (Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya). – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini