TASEK GELUGOR 20 Sept. – Zakat Pulau Pinang (ZPP) mengalu-alukan lebih banyak syarikat korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau orang perseorangan melawat sendiri lokasi agihan zakat yang dikeluarkan mereka. Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif ZPP Datuk Sazali Hussein berkata, langkah ini boleh memberi kefahaman dan kesedaran mendalam berkaitan agihan zakat serta mengelakkan persepsi negatif berhubung pengurusan dana zakat di Pulau Pinang. Menurutnya, selain memberi bantuan terus kepada asnaf, ZPP juga mengagihkan sumber zakat kepada kumpulan sasaran melalui tajaan pendidikan, latihan kemahiran serta kursus dan projek pembangunan asnaf melalui bengkel-bengkel yang dibangunkan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya