KANGAR 2 Sept. – Seorang anggota tentera berpangkat Prebet terbunuh setelah kereta yang dipandunya gagal dikawal lalu merempuh sebatang pokok di tepi jalan di Kampung Padang Petani, Simpang Empat, dekat sini semalam. Dalam kejadian pukul 6.55 petang itu, mangsa, Ku Helmie Ku Azhar, 24, yang memandu kereta Perodua Myvi itu bersendirian, dikatakan dalam perjalanan dari arah Kampung Tok Pulau menghala ke Tambun Tulang melalui Jalan Teras UMNO. Difahamkan, semasa insiden…