Anggota tentera didakwa guna wang bukan miliknya RM32,113.32 - Utusan Malaysia

Anggota tentera didakwa guna wang bukan miliknya RM32,113.32

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Seorang anggota tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan wang bukan miliknya berjumlah RM36,113.32 sejak Mac lalu.

Tertuduh, Hafizan Mohd. Nawawi, 30, berpangkat Koperal membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya dihadapan Majistret Nor Azizah Aling.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang berkerja sebagai Pembantu Automotif di Kem Batu 10 di sini dengan curangnya telah menyalahgunakan harta iaitu wang berjumlah RM36,113.32 kepunyaan seorang anggota polis, Mazlan Mohamed Yunus yang telah ditunaikan dan digunakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kesalahan ini dilakukan di mesin juru wang automatik Maybank dalam stesen minyak Petronas Jaya Gading di sini pada 28 Mac hingga 22 April lalu antara pukul 1 pagi hingga 11.45 malam.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari enam bulan dan tidak lebih dari lima tahun dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda.

Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin.

Kes disebut semula di Mahakamah pada 5 Oktober depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini